Wild Looking & exotic personaly of Luxury Pet. Quality is not expensive it's priceless.
Sila buka website kami di www.kittunkatz.com dengan Mozilla @ Chrome untuk paparan penuh. Terima kasih.
Good quality Bengals tidak murah, anda biasanya mendapat apa yang anda bayar. Memang benar, kadang-kadang anda boleh mencari kucing Bengal dengan harga yang sangat rendah, tetapi dalam kebanyakan kes, ia tidak akan mempunyai warna-warna terang dan corak-corak yang terang dan cantik seperti yang anda inginkan. Banyak kos yang digunakan untuk menaikkan dan menghasilkan kucing yang berkualiti dan cantik, more than most people realise..Exclusive Cat for Elite people!
Wednesday, July 27, 2011
Tuesday, July 26, 2011
Tuesday, July 19, 2011
Boy For Breeding
Sire: Golden Gem
Dam: Arabian Fair Lady
Lamanya menunggu kelahiran dia ni. Sejak bawa masuk mak dia dari Canada 2 tahun lalu sekarang baru nampak hasilnya. 3x ibunya gagal untuk hamil. Itu betul-betul mengecewakan saya. Maklumlah kita keluar duit puluhan ribu untuk dapatkan maknya tetiba tak boleh beranak mestilah hampakan. Harapan tinggal harapan, kalau ada rezeki tak kemana. Finally dia beranak juga. Single baby boy. Saya memang tak sangka dia hamil. Sebab perut dia langsung tak nampak macam tak pregnant pun. Saya dah naik malas nak gi scan. Last-last biarkan jer. Alih-alih nipple dia bengkak, eh! pregnant ke kucing ni ? dia buat saya risau sampai tak tidur malam menunggu dan memantau keadaannya. Duduk dalam cattery dia tak nak, malam-malam meraung macam sakit nak beranak, bawa masuk bilik tak nak, lepas dalam rumah pun mulut dia still tak diam juga. kasi makan tak nak, Apo kono kucing ni ? Selepas 6 jam menunggu maka lahirlah awang kecik ni jam 4am. Lepas subuh mak dia dah start makan & minum memang sah lah hanya 1 anak jer yang ada. Tak mengapalah itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa ibunya tidak mandul :)). Cepat bosar eh jang kasi omak kau kawin laie
Monday, July 18, 2011
Ace Century
Dia direhatkan selama 2 tahun. Hujung tahun 2011 plan untuk hasilkan marble bengal. Asyik dengan Spotted & rosetted jer naik jemu jadinya. Ini Ace Century, sejak maid saya datang ke rumah saya dia telah ditukar nama menjadi "Pak Endut". maid saya agak susah nak sebut nama ace century , apa yg mudah baginya adalah 'Pak Endut'. Saya kadang-kadang keliru setiap kali saya bertanya tentang kucing, nama "Pak Endut" selalu disebut-sebut . Rupanya "Pak Endut" itu adalah Ace Century ia kucing kegemaran maid saya. Disebabkan dia yang paling gendut dan bulat maka mudah bagi maid saya membuat ukuran. Seramai 45 ekor kucing yang perlu dihafal nama secara mudahnya dia melabelkan kucing-kucing saya dengan panggilan yg mudah disebut dan dikenali.
Sunday, July 17, 2011
Makanan Tambahan untuk kucing Kittunkatz
Disini saya ingin berkongsi rahsia pola pemakanan kucing di Kittunkatz Bengals cattery. Rutin setiap minggu disediakan menu khusus untuk kucing-kucing di Kittunkatz Cattery. Seperti juga manusia mereka juga harus menjaga perut untuk sentiasa sihat dan gizi yang disediakan seimbang. Bagi kucing-kucing disini Yogurt & kuning telor adalah makanan tambahan selain mereka makan makanan kering. Bakteria baik dalam Yogurt banyak membantu dalam proses penghadaman kucing supaya lebih sempurna. Daging mentah, ikan keli hanya sebagai pelengkap menu seimbang mereka. Naluri liar untuk menikmati makanan mentah itu memang sinonim dengan selera bengal. Air rebusan ayam digunakan utk membuat sup, kuah direnehkan dan dicampur dengan lobak merah atau kentang. Dimasak sehingga empuk. Kucing-kucing saya amat mengilai resepi ini. Keratan carrot dan potato dikutip satu-satu. Hari berikutnya Yogurt dan kuning telor dicampur dengan A/D Hill. Setiap ekor akan mendapat 1 sudu besar A/D Hill yg telah dicampur dengan Yogurt dan kuning telor. Jangan bagi banyak, cukuplah sesudu camca besar sahaja agar ia dapat dihabiskan kesemuanya. Biar mereka rasa tak cukup supaya setiap kali diberikan mereka tidak mensia-siakan hidangan itu, bersih mangkuk dijilatnya. Setelah selesai barulah diberikan makanan kering seperti biasa. Minuman juga harus dititik beratkan, Saya berikan RO water atau air kristal yg beralkali. Kalau ada duit lebih boleh beli Silverwater or Silversolution untuk kucing-kucing kesayangan anda. Ia membantu sebagai antibiotic, antiviral, antifungal alternative dan kesannya sangat-sangat memuaskan.
![]() |
Saturday, July 16, 2011
Available Male Kitten As A Pet
Congratulations For Nay Win Thien & Victoria Win from Yangon Myanmar
Very special boy he look like Savanah
with certificate, vaccine , dewoming, microchip & neuter ready
Email me for more detail ummukittun@gmail.com
Thursday, July 14, 2011
Wednesday, July 13, 2011
Lucky Visitor
Sejak dari tahun lepas buat temujanji untuk datang melawat ke Kittunkatz Bengals Cattery di Kota Bharu Kelantan. Akhirnya dia selamat sampai kemari. Minatnya terhadap kucing bengal amat-amat dikagumi. Kesibukkan saya memaksa dia menunggu terlalu lama untuk datang melawat cattery saya. Maaf lah yer Adik Deana, diatas kelewatan yang tidak dapat dielakkan, Banyak kali temujanji terpaksa ditangguh. Apapun saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang. Congratulation...! Pastikan praktikal yang dipelajari dipraktikkan juga kepada kucing-kucing bengals yang ada dirumah yer.
![]() |
| Deana & 7 month old boy Saya amat kagum dgn wanita comel ini, dia tahu bahawa cattery saya dikawal oleh seekor anjing rottweiler yang garang tapi dengan tenangnya dia memberanikan diri untuk menghampiri haiwan itu. Nampaknya Satria amat menyukainya. Kebiasaanya ia akan menyalak tanda tidak setuju dengan kehadiran orang luar tapi kali ini dia lebih tenang dengan Adik Deana. Hasratnya untuk menghampiri haiwan garang itu akhirnya tercapai. Sekiranya dibandingkan saiz badan satria dengan tubuh Deana nampaknya Satria lebih mendahului Deana. Mana tidaknya berat satria hampir 68kg. Saya sentiasa mengawasi pergerakkan mereka risau juga sekiranya Satria lose control dan bertindak ganas terhadap orang baru. Lawatan kali ini sangat berjaya. InsyaALLAH kita bertemu lagi di lain masa. |
| Deana & satria |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Attention
Available – Please feel free to enquire about this kitten. It will be on a first come, first served basis. We do not hold kittens without a deposit.
Pending – Means that someone is sending a deposit but it hasn’t arrived yet – so you may enquire as the kitten may still become available.
Reserved – Means that someone has put down the required deposit and this kitten is not available.
On Hold – Means that we are holding this kitten for further evaluation for show or our own breeding program. However, feel free to enquire as it may become available.
Keeper – Means that we are keeping this kitten for our own breeding program











